Generasi Komputer

03.01.06 (8:26 pm)   [edit]
Istilah Komputer berasal dari perkataan Latin iaitu Computare yang bermaksud menghitung. Antara definisi atau takrif yang diberikan untuk komputer ialah; Komputer adalah mesin yang menerima dan memproses maklumat yang disebut data ( Gary G. Bitter - Microcomputers in Education Today ). Komputer juga ditakrifkan sebagai sistem manipulasi simbol elektronik yang cepat dan tepat yang dibentuk dan diorganisasikan untuk menerima dan menyimpan data, memproses dan seterusnya menghasilkan output berdasarkan beberapa arahan yang diprogramkan ( Donald H. Sanders - Computer Today ). Secara amnya, komputer merupakan perkakasan elektronik yang berkeupayaan menerima data, memproses, menyimpan serta memanggil kembali dan mengeluarkan keputusan tertentu mengikut perintah-perintah aturcara yang digunakan.



Apakah itu komputer? Komputer adalah sebuah mesin elektronik untuk menerima data (INPUT). Ia menyimpan data ini serta melaksanakan sebarang arahan mengenai data ini. Akhirnya, ia mengeluarkan keputusan (OUTPUT). Komputer yang pertama dicipta pada masa perang dunia kedua. Sejak dari itu komputer telah mengalami banyak perubahan. Ia telah menjadi lebih murah, lebih kecil tetapi lebih berkuasa dari komputer terdahulu.

PC merujuk kepada komputer peribadi yang mula-mula diperkenalkan oleh IBM. PC kemudian diklonkan dan menjadi popular sehingga hari ini. Pada hari ini PC sering sama ertikan dengan komputer biasa atau komputer peribadi.


Adakah komputer dan IT, sinonim? Tidak. Komputer adalah sebuah mesin dan teknologi maklumat adalah sebuah teknik pemindahan maklumat. Penjelasan di atas menunjukkan bahawa komputer wujud lebih awal dari teknologi maklumat. Teknologi maklumat berkembang dengan kemajuan sistem rangkaian komputer pada awal tahun 90'an. Sistem rangkaian adalah satu sistem atau cara beberapa buah komputer disambungkan supaya ia boleh berinteraksi melalui pemindahan data. Internet adalah merupakan sistem rangkaian komputer yang terbesar. Internet membolehkan penyampaian sesuatu maklumat dapat disampaikan dengan lebih mudah dan pantas.

Dua dekad selepas tahun 1954, beribu-ribu komputer telah dikendalikan, dan pada hari ini boleh dikatakan berjuta-juta komputer sedang digunakan. Perkembangan komputer selama ini telah nenghasilkan mesin yang mempunyai kelajuan, storan atau ingatan dan kuasa pengkomputeran ceseluruhan yang lebih baik. Perkembangan ini adalah sangat jauh dan terlalu banyak sehingga ianya telah dikategorikan dengan generasi. Setiap generasi dimulakan dengan kemajuan yang ketara dalam perkakasan komputer-peralatan sistem komputer-atau perisian komputer-aturcara, atau suruhan langkah demi langkah untuk menjalankan mesin-mesin tersebut.


Generasi Pertama (1942-1959)
Komputer generasi pertama yang awal menggunakan tiub hampa gas untuk perlitaran, storan data dan suruhan. Walau bagaimanapun, tiub hampa gas adalah besar, menyebabkan masalah haba yang terlalu tinggi, dan tidak pemah menjadi peranti elektronik yang boleh dipercayai sepenuhnya; ia menyebabkan pengendalian terganggu dengan kerapnya dan tidak cekap. Teras magnetik mula menggantikan tiub hampa gas sebagai peranti ingatan utama dalam mesin awal ini. Teras kecil dan berbentuk seperti kueh "doughnut", diikat dengan dawai di dalam komputer. Pengaturcaraan pada dasamya dilaksanakan dalam bahasa mesin-pengendalian mesin yang dinyatakan sebagai gabungan digit perduaan O dan 1. Bit, atau "Digit Perduaan", akan diterangkan secara terperinci kemudian tetapi, buat masa ini, anda mesti tahu bahawa bit adalah cara komputer mewakili data.


Generasi Kedua (1959-1965)
Komputer generasi kedua menggantikan tiub hampa gas dalam litar komputer dengan transistor. Transistor bolehlah dianggap sebagai satu suis, seperti suis lampu, tetapi tanpa bahagian yang bergerak. Oleh kerana kelajuan transistor dan saiznya yang kecil, komputer yang dibangunkan boleh melaksana satu pengendalian dalam mikrosaat (juta sesaat) dan berkebolehan menyimpan puluhan ribu aksara.

Pengilang komputer mula mengeluarkan komputer yang berorientasikan perniagaan dengan storan yang lebih cekap dan kebolehan input dan output yang lebih cepat. Komputer generasi kedua amat boleh dipercayai, padat saiznya dan boleh dikatakan bebas daripada masalah haba.

Aturcara telah ditulis menggunakan bahasa mesin dan bahasa bersimbol. Bahasa bersimbol menggunakan nama atau perwakilan bersimbol untuk arahan komputer dan membenarkan penggunaan nama bersimbol untuk unsur data.


Generasi Ketiga (1965-1970)
Komputer generasi ketiga bercirikan litar bersepadu yang amat kecil dengan komponen-komponen yang kecil sehinggakan dalam banyak kes hampir tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Di samping komponen sebenar yang digunakan dalam pembinaannya, komputer generasi ketiga mempunyai input/ output, storan dan pemprosesan yang lebih baik.

Peranti input/ output diperkenalkan supaya dapat berkomunikasi dengan komputer dalam jarak yang jauh melalui talian telefon biasa atau talian komunikasi khas. Peranti 1/0 ini boleh mengimbas satu muka surat dan input maklumat yang "diperhatikan" secara terus ke dalam komputer, boleh memaparkan gambar pada skrin ala televisyen, boleh membuat bunyi muzik, dan boleh juga menerima input suara secara terhad dan bertindak balas dengan baik.

Keupayaan storan telah ditingkatkan ke satu tahap di mana, berjuta-juta aksara boleh disimpan 1 dan dicapai secara rawak oleh komputer dalam pecahan saat. Berhubung dengan kelajuan I pemprosesan, komputer generasi ketiga boleh memproses suruhan dalam nanosaat (seribu juta Isesaat). Tambahan lagi, komputer boleh memproses beberapa aturcara atau set suruhan secara serempak (concurrently). Pengaturcara boleh menggunakan bahasa-bahasa berorientasikan masalah dan prosedur berparas tinggi, yang hampir menyerupai bentuk ungkapan yang digunakan oleh manusia (bahasa Inggeris yang mudah, persamaan matematik, dan sejenisnya).


Generasi Keempat (1970- Generasi keempat bertanggungjawab ke atas keupayaan yang lebih dari segi input, output, storan dan pemprosesan. Dalam generasi komputer keempat, peranti storan monolitik telah diperkena1kan (komponen dan permukaan yang menyokongnya menggunakan bahan yang sama, biasanya silikon), berserta dengan litar logik bersepadu yang lebih baik dan bertambah kecil, dan ingatan laser sebenar telah dibina untuk National Aeronautics and Space Administration. Jangkaan telah dibuat bahawa dengan storan laser kita berkemampuan menyimpan lebih dari 50 ribu juta aksara dalam ruang sebesar satu setem pos. Berhubungan dengan kebolehan laser, John M. Carrol menulis dalam Theory of the Laser, "sinaran laser berkebolehan menampung semua perbualan yang berlaku dalam satu masa di bumi."

Pada awal tahun 1970-an, Burroughs dan kemudiannya IBM, masing-masing memperkena1kan konsep storan maya ke dalam siri komputer 5000 dan 370 mereka. Mesin yang sebelumnya terhad kepada keupayaan maksimum storan dalaman yang dianggarkan lebih kurang 1 juta aksara, sekarang mempunyai keupayaan storan maya dalam ribu juta dan ribu-ribu juta (trilion) aksara. Oleh itu, dengan keupayaan begini satu mesin boleh melaksanakan aturcara yang saiznya beberapa kali muatan ingatan mesin sebenar.

Baru-baru ini, cakera padat (CD) menjanjikan satu bahantara storan data pilihan. Cakera padat ingatan baca sahaja (CD ROM) dikodkan dengan satu siri bit pasang dan bit padam. Bit ditempatkan pada permukaan cakera aluminium dalam bentuk lubang-lubang kecil dengan kedalaman yang berbeza. Pada puratanya CD boleh menyimpan 4,800 juta bit atau 600 juta aksara data. Ini dianggarkan suku daripada sejuta muka surat yang mengandungi teks atau dalam anggaran 1000 buah buku teks-semuanya dimuatkan dalam satu cakera 3.5 inci.

Mungkin kemajuan yang paling ketara berlaku ke atas perisian , aturcara yang boleh didapati dengan komputer. Hasil daripada perubahan ini, capaian kepada sebahagian besar kuasa komputer yang sebelum ini hanya mampu dimiliki oleh perniagaan besar, kini juga sesuai bagi perniagaan kecil.


Generasi Kelima (?)
Ramai yang percaya bahawa komputer generasi kelima kini hampir menjadi kenyataan. Komputer generasi kelima tidak mungkin sama dengan mana-mana komputer yang kita tahu sekarang ini. Komputer tersebut berupaya untuk membuat penaakulan, belajar, membuat kesimpulan dan di sebalik itu berkelakuan dalam cara yang selalunya dianggap khas untuk manusia. Mesin ini akan dilengkapkan dengan kebolehan storan primer yang besar dan kelajuan pemprosesan yang amat pantas. Perisian akan berkembang dengan cepat dan menjadi lebih murah. saiz perkakasan akan terus menjadi lebih kecil, sementara ingatan dalaman terus meningkat dengan pesatnya. Kosa kata dalam komputer akan bertambah 'mesin bertutur" akan dapat didengari di seluruh dunia. Pengecaman suara, keupayaan mesin memahami dan mematuhi pertuturan bahasa Inggeris akan turut berkembang. Robot industri dan robot persendirian akan muncul dalam kehidupan kita. Aturcara sistem pakar akan meletakkan pengetahuan kepakaran dan perundingan (seperti doktor, peguam, guru) untuk kita gunakan. Komputer besar akan dihubung secara selari untuk menawarkan kuasa pengkomputeran yang tidak dapat dibayangkan.

Your Name:


Your Comment: